Cool Pink Pointer Glitter HANISAH BINTI JUSOH@YUSUF
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 31 December 2011

Tuesday 6 December 2011

Monday 5 December 2011

PENGERTIAN AIDIL FITRI

                Kalimah ‘Id ialah kalimah bahasa Arab yang bermaksud perayaan atau hari ulang tahun. Fitri pula bermakna berbuka atau makan minum. Maksudnya, pada Hari Raya (tanggal 1 Syawal) umat Islam dikehendaki berbuka dan haram berpuasa. Fitri juga bermaksud tabiat semulajadi.

          Maksudnya orang-orang Islam setelah menjalani ibadat puasa selama sebulan disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat Terawih pada malam-malam Ramadhan, bertadarus Al-Quran, Qiammullai, Zikrullah dan berdoa, bersedekah dan sebagainya. Amalan-amalan ini telah meleburkan dan membersihkan segala dosa sehingga keadaan mereka seolah-olah kembali seperti bayi yang baharu dilahirkan.

          Inilah matlamat ibadah puasa sebagaimana firman Allah S.W.T menerusi ayat 83 yang bermaksud :  “ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan puasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu dengan puasa itu semoga kamu bertakwa”.

SEJARAH HARI RAYA

Sembahyang sunat hari raya disyariaatkan selepas hijrah. Dalam hal ini, Anas bin Malik berkata; Rasulullah SAW datang ke Madinah, ketika itu penduduk Madinah mempunyai dua hari besar yang sentiasa mereka rayakan.

Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan diwarisi turun-temurun.

Lantaran itu, Rasulullah SAW bersabda : “ Sesungguhnya Allah SWT menggantikan dua hari raya itu dengan yang lebih baik bagi kamu, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.” ( Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Nassa’ei dan Al-Baihaqi )

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat. Syawal hendaklah disambut denga penuh kesyukuran oleh umat Islam kerana berjaya menunaikan ibadat puasa sebelum Ramadhan.

Mutiara Hadis
“ Sesiapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian, maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan kepadanya “
 (RIwayat Al-Tabrani )
  


SOLAT AIDIL FITRI DAN SOLAT AIDIL ADHA

  1. PENGERTIAN SOLAT AIDIL FITRI
          Solat Aidil fitri ialah solat sunat dua rakaat 
          yang  dilakukan pada pagi 1 Syawal

        

  1. LAFAZ NIAT SOLAT AIDIL FITRI

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى


         Ertinya : Sahaja aku solat sunat aidilfitri
                           dua rakaat mengikut imam
                           kerana Allah Taala
                           



  
  1. PENGERTIAN SOLAT AIDIL ADHA
Solat Aidil fitri ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan pada pagi 10          
           Zulhijjah


  1. LAFAZ NIAT SOLAT AIDIL ADHA

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى


         Ertinya : Sahaja aku solat sunat aidiladha 
                          dua rakaat mengikut imam
                          kerana Allah Taala
                      
  
  1. HUKUM  SOLAT  DUA HARI RAYA
Hukum mengerjakan solat  dua hari raya 
(Aidil Fitri dan Aidil Adha ) ialah  sunat muakad.



  1. CARA MENUNAIKAN SOLAT HARI RAYA
Cara solat hari raya adalah sama seperti solat biasa kecuali pada takbir. Perbezaan itu
 ialah :

i)                    Rakaat Pertama
Sebelum membaca Al-Fatihah disunatkan bertakbir sebanyak tujuh kali diselangi dengan lafaz tasbih.


ii)                  Rakaat Kedua
Sebelum membaca Al-Fatihah disunatkan bertakbir sebanyak lima kali diselangi dengan lafaz tasbih.



  1. LAFAZ TASBIH SOLAT HARI RAYA
Lafaz tasbih solat hari raya yang dibaca selepas takbir ialah :

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر

TAKBIR HARI RAYA DAN PENGERTIANNYA

 اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ،

3x اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً،
وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ
وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ،
وَنَصَرَ عَبْدَهُ،
وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَه
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

                      Allah Maha Besar (3 kali)
Tidak  ada Tuhan melainkan Allah, 
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah, 
Allah Maha Besar dan Maha Agung
dan segala puji bagi Allah

               Maha suci Allah pada pagi dan petang
Tiada tuhan melainkan Allah dantidak ada yang
kami sembah kecuali hanya Allah, dengan ikhlas
kami beragama kepadanya walaupun orang-orang
kafir membenci.

               Tiada Tuhan melainkan Allah yang
Maha Esa, yang benar segala janji-janjiNya, dan
telah menolong hambaNya, dan yang telah memulia
kan tenteraNya, yang berjaya menumpaskan
tentera  al-Ahzab.(barisan tentera
bersatu Musyrikin dan Yahudi)
dengan ke EsaanNya

               Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
dan baginya segala puji,