SEJARAH TAKBIR RAYA
Mengikut sirah, takbir raya ini dilaungkan buat kali pertamanya ketika umat Islam meraih kemenangan dalam perang Ahzab atau lebih dikenali dengan perang Khandak.
“ Al-Ahzab ” menjadi sangat masyhur kerana ia satu perkataan yang dituntut oleh agama supaya mengumandangkannya dengan berulang kali setiap datangnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
“ Al-Ahzab ” sentiasa bergema dalam takbir hari raya
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ،
وَنَصَرَ عَبْدَهُ،
وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَه
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ،
Yang bermaksud : Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa,
yang benar segala janji-janjinya,
dan telah menolong hambaNya,
dan yang telah memuliakan tenteranya,
berjaya menumpaskan tentera al-Ahzab.
(barisan tentera bersatu Musyrikin dan Yahudi)
dengan ke EsaanNya
Al-Ahzab yang sentiasa bergema disegenap penjuru alam setiap hari raya, ia membawa maksud supaya umat Islam menjadikan setiap hari raya sebagai saat yang paling bermakna untuk mengenag kembali peristiwa tentera Islam pimpinan Nabi Muhamad yang telah diberi kejayaan oleh Allah SWT menumpaskan tentera Al-Ahzab pada bulan Syawal tahun kelima hijrah.
0 comments:
Post a Comment