Cool Pink Pointer Glitter HANISAH BINTI JUSOH@YUSUF
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Monday, 5 December 2011

SEJARAH TAKBIR RAYA

            Mengikut sirah, takbir raya ini dilaungkan buat kali pertamanya ketika umat Islam meraih kemenangan dalam perang Ahzab atau lebih dikenali dengan perang Khandak.

            “ Al-Ahzab ”  menjadi sangat masyhur kerana ia satu perkataan yang dituntut oleh agama supaya mengumandangkannya dengan berulang kali setiap datangnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

       “ Al-Ahzab ” sentiasa bergema dalam takbir hari raya 

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ،
 وَنَصَرَ عَبْدَهُ،  
وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَه
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ،

Yang bermaksud :    Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa,
                                   yang benar segala janji-janjinya,
                                   dan  telah menolong hambaNya, 
                                   dan yang telah memuliakan tenteranya,  
                                   berjaya menumpaskan tentera  al-Ahzab.
                                   (barisan tentera   bersatu Musyrikin dan Yahudi) 
                                   dengan ke EsaanNya


            Al-Ahzab yang sentiasa bergema disegenap penjuru alam setiap hari raya, ia membawa maksud supaya umat Islam menjadikan setiap hari raya sebagai saat yang paling bermakna untuk mengenag kembali peristiwa tentera Islam pimpinan Nabi Muhamad yang telah diberi kejayaan oleh Allah SWT menumpaskan tentera Al-Ahzab pada bulan Syawal tahun kelima hijrah. 

SAMBUTLAH AIDILFITRI SEBAGAI HARI IBADAH

Hari raya adalah yang sentiasa dinanti oleh semua orang sama ada kanak-kanak mahupun dewasa. Semua orang pasti bergembira kerana meraikan kejayaan menunaikan kewajipan berpuasa.

Di dalam Islam, hari raya bukanlah semata-mata hari untuk bersuka ria bahkan hari raya merupakan hari ibadah yang diberi pahala. Adab-adab berhari raya di dalam Islam telah diajarkan oleh Rasulullah SAW melalui sunnah baginda. Antaranya :

Ø  Sebaik sahaja terbenam matahari pada akhir Ramadhan disunatkan bertakbir dan bertahmid.

Ø  Pada pagi hari raya disunatkan mandi sunat hari raya.

Ø  Makan terlebih dahulu sebelum menuju ke masjid untuk solat sunat hari raya.

Ø  Solat sunat hari raya.

Ø  Bagi perempuan yang uzur, mereka digalakkan untuk bersama kaum muslimin ke pekarangan masjid bagi mendengar khtubah.

Ø  Disunatkan melalui jalan lain apabila balik daripada solat hari raya.

Ø  Pilihlah waktu yang sesuai apabila menziarahi sahabat handai dan saudara mara

Ø  Muliakan tetamu yang datang ke rumah.

Ø  Mengiringi tetamu apabila pulang ke rumah. 

LEBURKAN DOSA DI TAPAK TANGAN

Kemunculan 1Syawal membuka ruang yang luas untuk kita saling bermaaf-maafan. Dalam suasana gembira dan ceria kerana telah Berjaya menamatkan ibadah puasa, hati biasanya menjadi lembut dan mudah memberi  kemaafan berbanding hari-hari yang lain.

Orang yang berpuasa telah pun mendapat keampunan Allah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan, keinsafan dan harapan diampunkan  dosa-dosanya yang telah lalu”.
                                                                                                                             (HR Al-Bukhari)

            Dalam kehidupan seharian, kita banyak berhubung dengan orang lain. Maka pada Hari Raya yang mulia ini, hulurkanlah tangan mohon ampun di atas segala kesalahan yang telah dilakukan selama ini. Leburkan dosa di tapak tangan pada hari yang mulia ini. Sabda Rasulullah yang bermaksud :
“ Mana-mana orang Islam yang apabila bertemu kedua-duanya lalu berjabat tangan, kecuali diampunkan dosa kedua-dua mereka sebelum mereka berpisah ”

                                                                                                                             ( HR Abu Daud )

            Inilah saatnya kita memohon keampunan terutamanya kepada kedua ibu bapa kita yang telah banyak berkorban, sejak di dalam kandungan, ketika dilahirkan sehinggalah sekarang ini. Kita tidak mungkin membalas jasa mereka dengan apa jua sekalipun. Ingatlah bahawa Allah tidak akan meredhai kita sekiranya ibu bapa tidak meredhai kita. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa, kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa ”
                                                                                                                          ( HR Al-Tirmizi )

            Namun begitu, harus diingat tentang bersalaman antara lain jantina. Hukumnya tetap haram. Hari raya bukan bermakna harus bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram. Awasilah tangan sekalipun atas nama Hari Raya kerana menyebabkan kemurkaan Allah  apabila melanggar syariat dan hukum yang telah ditetapkan.


Saturday, 26 November 2011

Thursday, 24 November 2011